tido bangun
Friday, 28 September 2012
Ringkasan Belanjawan 2013
Wednesday, 26 September 2012
AES aktif
Sistem menangkap had laju dan melanggar lampu isyarat, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah mula beroperasi. Sistem ini telah diletakkan di 14 kawasan ‘panas’ untuk fasa pertama.
14 kawasan yang terlibat yang telah dipasang termasuklah beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut dengan tujuan menangkap had laju manakala selebihnya untuk tujuan mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.
Sebanyak 817 lokasi baru akan dibekalkan dengan sistem AES untuk fasa kedua meliputi seluruh negara. Perlaksanaan AES adalah tindakan drastik yang tegas dari kerajaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ ) dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
Kebanyakan lokasi kamera AES yang dipasang merupakan lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi. Untuk lebih berwaspada, JPJ telah menyenaraikan lokasi-lokasi tersebut di laman web mereka iaitu www.jpj.gov.my
Papan tanda amaran bagi AES ini juga telah diletakkan sebelum lokasi kamera tersebut. Bagi kawasan yang melibatkan had laju, papan tanda ini boleh dilihat sekitar 1 hingga 2 kilometer sebelum kamera tersebut. Manakala bagi kawasan berlampu isyarat, papan tanda ini diletakkan 50 hingga 500 meter sebelum kawasan tersebut.
Imej yang ditangkap oleh kamera AES akan terus dihantar ke pusat kawalan AES secara automatik dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan dan dihantar kepada pemilik kenderaan tersebut.
Kepada pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES yang direkodkan di Perak, mereka boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400. Sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268
Kelantan Kebal di Kota Bharu
Semalam berlansung Pusingan Suku Akhir Kedua AFC Cup di antara Kelantan dan Arbil di Stadium Sultan Muhammad Ke4 Kota Bharu, Kelantan. Perlawanan berkesudahan dengan seri 1 - 1. Walaubagaimanapun, Arbil layak ke pusingan Separuh Akhir setelah membenam Kelantan 5 - 1 di tempat sendiri baru-baru ini.
Kelantan yang kembali mendapat tonik baru setelah kembalinya beberapa tonggak utama setelah banyak pemain utama tidak dapat bersama dalam perlawanan di Iraq tempoh hari seperti Obinna, Subramaniam, Rizal Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahyuddin,dan juga Muhammad Ghaddar.
Aksi di Kota Bharu semalam didominasi oleh Kelantan dengan lebih banyak serangan dilakukan oleh Kelantan di babak pertama mahupun babak kedua. Walaubagaimanapun, setelah banyak kali serangan Kelantan dipatahkan oleh penjaga gol Arbil FC, Jalal Hassan. Arbil mendahului Kelantan 1- 0 yang kemudiannya disamakan oleh penalti Muhammad Ghaddar di lewat perlawanan. Gol tersebut walaubagaimanapun mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan di stadium keramat mereka dalam musim ini.
Kelantan akan kembali memberi tumpuan kepada kempen Suku Akhir Piala Malaysia menentang Felda United jumaat ini. Sama-sama kita nantikan aksi menarik dari mereka.
Tuesday, 25 September 2012
BUAT DUIT TANPA MODAL MELALUI INTERNET
1)daftar akaun paypal untuk dpt duit nanti..free je.
2)pastu klik link ni..
http://Mix-Fag.com/?ref=1153837
3)register di link diatas..jawab survey..setiap survey dibayar $10..maximum sehari 4 survey je..
4)selamat mencuba..;-)